5 Sebab Jadi Pelajar Ni Banyak Rintangannya… Siapa Pernah Rasa?

iklan 336x280 atas
336x280 tengah
300x600

“Syabas!” Ucapan ringkas yang kerap diterima apabila berjaya menamatkan pengajian. Tapi, sebenarnya tak ramai yang tahu keperitan untuk mendapatkan sekeping kertas dan ucapan syabas tu. Bak kata mat saleh, ‘the struggle is real’!
Hanya mereka yang pernah bergelar pelajar mengerti jerih perih selama menimba ilmu. Ni, admin nak share sikit pengalaman masa admin belajar dulu dan admin percaya korang yang pernah jadi student menempuhi cabaran yang sama!

1. Sedihnya bila tak cukup duit nak makan. Jawapannya…

Bila dah hujung-hujung bulan, korek tabung, seluk poket seluar dengan harapan ada duit yang terselit-selit. Tapi selalunya memang hampa sangat.
Sebagai penyelesaian, kebiasaannya akan makan mee segera ataupun puasa. Bila nak buka puasa tu, pergi solat jemaah dekat masjid universiti sebab biasanya mesti ada makanan orang sedekah.

2. Buat part time job nak tambah duit belanja

Disebabkan tak mahu menambahkan beban keluarga di kampung, ramai juga student yang akan buat kerja sambilan. Kebanyakannya akan jadi juruwang restoran makanan segera ataupun jadi salesgirl di pusat membeli-belah. Bolehlah menampung kos pembelajaran yang makin meningkat tu.
Tapi, kena kuat semangat sikitlah kan. Sebab kena seimbangkan juga fokus kepada pembelajaran. Takut nanti belajar ntah ke mana sebab dah penat bekerja.

3. Terpaksa tebal muka pinjam duit kawan

Memang malu dan segan sangat bila nak meminjam pada kawan. Al-maklumlah, semua pun student dan memerlukan duit. Tapi, bila dah terdesak tu terpaksa juga. Eh, bila dah pinjam tu jangan buat-buat lupa pula. Hutang tu wajib dibayar!

4. Berebut nak beli buku senior sebab murah

Admin dulu memang cukup baik dengan senior. Tak kiralah senior course ataupun senior kolej, memang rapat. Bukan sebab nak bodek, tapi sebabnya bolehlah nak dapatkan buku-buku rujukan yang mereka dah tak gunakan lagi.
Kebiasaannya, buku-buku rujukan second hand ini akan dijual dengan harga yang jauh lebih murah! Kadang-kadang less sampai 70%. Gila junior semua tak berebut? Lepastu, kalau dapat senior yang rajin, ada juga nota kuliah yang diberikan sekali.

5. Jadi pemaustatin tetap kolej

Kalau lagi jauh kampung halaman, lagi lamalah jadi pemaustatin. Rindu pada family tak yah cakaplah macamana. Sayu je bila dengar suara keluarga bila call tiap-tiap malam.
Kalau yang seberang laut macam Sabah dan Sarawak tu, memang termenung je dalam bilik kolej dan menanti kepulangan rakan-rakan.
336x280

Posting Komentar

0 Komentar